RESEPI KEK MARBLE MUDAH NAN GEBU, WANGI DAN MENJADI PUJAAN SEISI KELUARGA

Share resepi lagi..  

Lain betul penangan PKP ni,  haha.  Mengalahkan pula cuti sekolah Disember ni.  

Bukan apa, budak budak termasuk sekali bapak budak di rumah ni asyik buka peti ais,  asyik mengadu perut berbunyi,  asyik rasa nak makan itu ini pula.  Geram tak geram? Ibu bila mau diet ni? Gitulah luahan hati kekonon.  

Sebelum share resipinya,  nak sharing betapa hikmahnya duduk rumah dan elak pergaulan luar ni. Teribgat pula kadang wanita dan lelaki walau dah berkahwin ramai ja yang tak jaga jarak sesama mereka.

Mungkin ada yang tak kisah.  

Kata suami ok je,  isteri ok je tapi Nida tak suka.  Bagi Nida selepas berkahwin family members sahaja yang layak didekati dengan rapat.  Tu pun tetap ada batasnya.  

Mungkin sebab itu,  agak kurang selesa dengan peraulan di tempat kerja semasa.  Lebih suka duduk diam di meja sendiri atau keluar awal kalau dah takde class, dan memang stay dengan geng geng yang sama baru sini.  

Rindu geng sekolah lama.  Baik semua.  Alhamdulillah PKP mengurangkan keberdosaan mata memandang dan hati yang berat.  Hehe.  

Oklah, resepi kek marble ni Nida follow rapat lah dengan resepi kak Azie dari Azie Kitchen. Famous blogger ni,  mustahil awak semua tak kenal.  Hehe.  

Banyak dah follow resepi lain tapi ini PALING MENJADI. Terpaksalah korang bersedia kalau suami dan anak anak mibta buatkan kek ni berkali kali ye.  Hihi. 

Jom tengok resepinya,  cuma saya ni suka derhaka part cara membuat sahaja la.  Hehe.  

RESEPI KEK MARBLE MUDAH,  LEMBUT DAN GEBU PUJAAN SEISI KELUARGA BY AZIE KITCHEN. 

Bahan bahan:
8 oz/227 gm mentega
6 oz/170 gm tepung gandum
6 oz/170 gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
3-4 sudu besar serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)


Cara cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.


Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega.

CARA 'DERHAKA' NIDA STYLE.  

maaf atas ni memang Nida salin sebijik dari cara cara kak Azie.  Hihi.  

Nida pukul mentega dan gula bersama.  

Lepas agak kembang dan warna adunan berubah pucat,  masukkan telur sedikit demi sedikit.  Pukul sebati. 

Nida masukkan pula susu,  ovelette,  vanilla essence,  kemudian tuangkan tepung sedikit demi sedikit.  

Bahagikan tepung kepada dua bahagian,  satu bahagian campurkan serbuk koko.  

Sapukan marjerin pada permukaan loyang.  Boleh juga lapik dengan kertas masakan tu kalau nak kurang rasa bermibyak.  Saya guna loyang 8 inci.  

Isikan adunan pada loyang selang seli.  Jangan stress nak isi ni yang penting nampak selang seli warna coklat dan butter tu.  

Selepas habis tuang, hentak loyang sikit untuk bagi penuh ruang kosong,  kemudian buat lorekkan atas adunan.  

Oven boleh mula dipanaskan sebelum nak membuat adunan.  Kemudian masak mengikut suhu di atas.  

Senang!! 

Lorekkan aje lah macamana pun

Tersangatlah sedap!

Kek ni ada rasa moist,  cuma bau telur agak kuat.  Manis boleh tahan,  jadi boleh kurangkan gula kalau tak suka.  

Saya dah kurangkan gula still rasa manis cuma ada rasa pahitnya koko.  Jadi oklah.  Makan selepas sejuk lagilah sedap.  

Selamat mencuba ye. Sekali sekala cheat day.  Hihi.  

Love, 
Nida.  

Post a Comment

1 Comments

  1. Haih, kalau ada oven di rumah ni, balik2 la saya masak tu kek kak. Sedap tau makan kek panas2

    ReplyDelete