6 MASALAH INI RUPANYA PUNCA KEPADA DEHIDRASI YANG SERIUS JIKA TIDAK DIATASI SEGERA

Pernah tak rasa tekak asyik kering walaupun dah lebih 8 gelas air diminum sehari? 

Atau,  rasa dah minum air dengan banyak tapi kulit tetap rasa kering sangat dan badan rasa lesu sangat.

Jika jawapan anda ialah Ya, maka anda tidak mustahil sedang mengalami simtom dehidrasi tubuh. 

Air merupakan keperluan badan yang penting.  



Dehidrasi boleh berlaku pada setiap peringkat umur termasuklah ketika masih bayi. 

Ia juga berlaku apabila jumlah air yang meninggalkan tubuh lebih banyak daripada jumlah yang diambil. Tubuh badan kita sangat dinamik dan sentiasa berubah. 

Pada hari yang biasa, seseorang perlu minum air yang secukupnya untuk menggantikan air yang dibuang daripada badan. 

Formula untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum setiap hari bergantung kepada berat individu.

Lebih banyak air diperlukan untuk menggantikan peluh yang berlebihan daripada senaman atau demam, Kehilangan air dari muntah dan cirit-birit atau pengeluaran air kencing yang semakin bertambah.

Dehidrasi
Dehidrasi boleh menjadi serius


6 MASALAH YANG MENYEBABKAN DEHIDRASI BERLAKU: BOLEH JADI SERIUS JIKA TIDAK DIRAWAT


dehidrasi berlaku kerana terlalu banyak air yang hilang atau dibuang daripada badan,  air jadi tak cukup atau kedua duanya sekali.  

i) Cirit Birit
- Ini adalah masalah yang paling kerap dialamai oleh kebanyakan dari kita yabg menjadi punca kepada kehilangan air yang banyak.  
- Masalah ini juga adalah penyebab yang mengakibatkan kematian sekitar 4 juta kanak kanak di seluruh dunia. 

ii) Muntah 
- Muntah menyebabkan pesakit kehilangan air yang banyak. 
- Ia menjadi sukar dirawat engan memberi minum kerana pesakit akan memuntahkan semula apa yang masuk melalui mulut. 
- Ini juga adalah masalah yang kerap dialami oleh ibu ibu hamil, boleh menjadi serius jika tiada rawatan diambil.  

iii) Peluh
- Badan akan menggunakan air dalam badan untuk mengurangkan suhu badn meningkat ketika bersenam,  atau ketika mengalami demam.  
- Semakin tinggi suhu badan,  semakin banyak peluh yang dikeluarkan untuk menyejukkan badan.  
- Air yang digunakan ini perlu diganti bagi mengelakkan kehilangan dehidrasi.  

iv) Diabetis
- Apabila paras gula meningkat dalam badan,  gula akan melimpah masuk ke dalam air kencing menjadikan badan cepat dehidrasi.  
- Ini menyebabkan kencing yang kerap dan dahaga yang berlebihan adalah gejala awal kencing manis.  

v) Kulit Terbakar
- Kulit bertindak sebagai pelindung kepada badan dan bertanggungjawab mengawal kehilangan air dalam badan.  
- Mangsa kebakaran biasanya akan mengalami dehidrasi kerana kukit tidak mampu mengawal air keluar dari badan.  
- Pesakit radang kulit juga mungkin antara yang akan mengalami masalah serupa.  

vi)  Tidak Mampu Minum Air
- Secara umumnya masalah diatas menyebabkan kebanyakan individu tidak mampu untuk minum air secukupnya.  
- Ada juga beberapa individu yang Nida kenal memang tak suka minum air menyebabkan mereka ini selalu nampak keletihan dan badan agak besar.  Air putih tak mampu minum tapi air manis setiap hari ambil.

GEJALA DEHIDRASI YANG MUNGKIN DIALAMI DARIPADA MASALAH YANG DINYATAKAN

Berikut adalah tanda dan gejala dehidrasi:
  • Bibir dan mulut kering
  • Air mata berkurang
  • Peluh boleh berhenti
  • Kekejangan otot
  • Pening dan muntah
  • Rasa berdebar-debar
  • Sakit kepala (terutama apabila berdiri)
  • Lemah-lemah badan
  • Berkurangnya pengeluaran air kencing

RAWATAN KEPADA MASALAH DEHIDRASI YANG DIALAMI UNTUK MENGELAKKAN IA MENJADI LEBIH SERIUS


Antara rawatan yang digunakan dalam masalah dehidrasi ialah:
  •   Air - air semata-mata tidak semestinya selamat digunakan pada bayi dan boleh menyebabkan masalah berkaitan elektrolit. Oleh sebab itu, ‘Pedialyte’ atau cecair elektrolit seimbang yang lain perlu digunakan.
  •  Sup kosong
  •  Popsikel
  •  Jell-O
  •  Cecair pengganti lain yang mungkin mengandungi elektrolit (Pedialyte, Gatorade, Powerade, dan sebagainya).
  • Boleh amalkan minuman isotonik yang lebih selamat di rumah xan pantau keadaan dari semasa ke semasa dengan mengambil suhu badan.  >Perfomance Drink Minuman Elektrolit Yang Wajib Ada Dalam Setiap Rumah<
  • Penggunaan cecair intravena bergantung kepada penilaian doktor yang profesional mengenai tahap dehidrasi, keupayaan pesakit untuk minum cecair melalui mulut, dan kebolehan pesakit untuk pulih daripada penyebab dehidrasi.

Kejayaan terapi rehidrasi dapat dipantau melalui pengeluaran air kencing. 

Apabila badan kering, buah pinggang cuba untuk menyimpan seberapa banyak cecair yang mungkin, air kencing akan berkurangan dan menjadi pekat.

Apabila rawatan dilakukan dan ia berjaya, buah pinggang boleh mengesan bahawa meningkatnya jumlah cecair dalam ruang intravaskular dan pengeluaran air kencing akan bertambah.

Ubat-ubatan mungkin digunakan untuk merawat penyebab kepada dehidrasi dan untuk melegakan demam, muntah, atau cirit-birit.

BERJUMPA SEGERA DENGAN DOKTOR ATAU KE WAD KECEMASAN JIKA PERLU

walaupun sesetengah masalah dehidrasi boleh dipantau dari rumah,  namun sekiranya masalah menjadi serius maka segeralah berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan masalah ini berlarutan. 

Jangan biarkan suhu badan semakin tinggi,  muntah muntah dan cirit birit semakin teruk baru ke hospital.  

Teringat pengalaman Nida jaga Ahnaf sakit,  badan Ahnaf dah bergegar gegar panas menyebabkan Nida bergegas ke kecemasan di tengah malam. Nasiblah hospital dengan rumah kurang 10 minit jaraknya.  

Dehidrasi serius boleh membawa kepada masalah saraf dan kecacatan otak.  Oleh itu,  jangan biarkan tubuh yang dianugerahkan sihat menjadi berpenyakit tanpa rawatan.

Semoga info ini bermanfaat.  Tak lama lagi akan menyambut Ramadhan jadi bolehlah sudah mula sediakan minuman elektrolit di rumah untuk bekalan seisi keluarga berpuasa.  

Love, 
Nida

Post a Comment

0 Comments